Ahad, 1 April 2012

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH (SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA)


Setiap manusia semestinya mempunyai masalah tersendiri dan perlu diselesaikan dengan cara yang kreatif.

         Setiap manusia semestinya mempunyai masalah tersendiri dan perlu diselesaikan dengan cara yang kreatif.

Masalah dan isu
a.       masalah perlu diselesaikan pada kadar segera.
b.      Isu perlu ditangani dengan berhati-hati.
c.       Jika masalah tidak dapat diselesaikan dan akan berlarutan akan menjadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan.

Sifat penyelesaian masalah
a.       Dalam menyelesaikan masalah kita dapat melihat terdapat individu yang lebih cepat mencari jalan penyelesaian berbanding individu lain.
b.      Antara ciri yang ada pada mereka ialah motivasi yang tinggi dimana mereka bersifat positif dan tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran. Contohnya Thomas Edison merupakan pencipta lampu mentol melakukan lebih dari 9000 eksperimen. Ciri lain ialah trait yang positif di mana berkaitan dengan sifat peribadi seseorang iaitu mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkan masalah diselesaikan secara objektif, kebolehan untuk menerima pertolongan orang lain, tidak mudah gentar dan mempunyai kepintaran serta kebolehan seseorang berusaha  dan tidak jemu dalam menyelesaikan masalah.
c.       Ciri berikutnya ialah jati diri dimana mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul. Untuk menyelesaikan masalah seseorang itu berada dalam keadaan tidak menentu atau ketidakpastian.
d.      Ciri terakhir ialah membina kemahiran dimana kemahiran penyelesaian masalah boleh dipelajari melalui bengkel pengurusan masalah. Terdapat 2 jenis model penyelesaian masalah iaitu model Chang dan Kelly, 1993 iaitu kenalpasti masalh, analisa punca masalah, kenal pasti cara penyelesaian, pilih penyelesaian yang terbaik, bentuk plan tindakan dan pelaksanaan dan penilaian serta model Francis, 1990 iaitu tuning in, objective setting, success measurement, information collection, decision making, planning, action dan review to improve.

Kategori masalah
a.       Amat penting untk mengklasifikasikan masalah mengikut kategori yang tertentu kerana setiap jenis masalah memerlukan penyelesaian yang tersendiri.
b.      Terdapat 6 jenis masalah yang pertamanya ialah misteri. Misteri ialah satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan. Ia tidak dapat menerangkan dengan menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab tentang berlakunya sesuatu kejadian. Contohnya peristiwa letupan kapal angkasa Amerika Syarikat, Discovery.
c.       Jenis masalah berikutnya ialah tugasan. Tugasan memerlukan teknik tertentu sebab matlamat pencapaian perlu disalurkan kepada orang yang hendak menjalankan tugasanyang perlu faham matlamat dan lain-lain keperluan. Contohnya seorang pelanggan memberi tugasan kepada tukang gunting rambut fesyen rambut yang diidamkan.
d.      Masalah lain ialah kesukaran. Kesukaran dapat dibahagi kepada subjektif dan objektif. Kesukaran subjektif ialah sifat negatif yang ada pada individu manakala kesukaran ojektif ialah perkara yang menghalang kemajuan yang berda di luar kemampuan individu.
e.       Masalah berikutnya ialah peluang. Apabila mendapat peluang, kita hendaklah mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi supaya mendatangkan keuntungan. Seperti contoh syarikat Xeror Corporation merupakan gergasi dalam industri fotostat memonopoli pasaran seluruh dunia.
f.       Masalah seterusnya ialah tidak pasti atau puzzles. Untuk menyelesaikan puzzles, kita perlu mengkaji segala kekaburan dan keadaan untuk mencari kawapan yang betul. Sebagai contoh peristiwa tenggelamnya kapal Titanic di mana tiada seorang pun mengetahui kedudukan sebenar kapal Titanic yang tenggelam. Pengkaji yang terlibat tidak berputus asa dan akhirnya dapat mengesan kapal terbabit. Terdapat juga puzzles yang tidak dapat diselesaikan seperti kejadian pembunuhan  yang dilakukan oleh “Jack the Ripper”
g.      Masalah terakhir ialah dilema iaitu situasi di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan cara terbaik untuk melakukannya. Terdapat 2 opsyen yang boleh dilaksanakan dan kedua-duanya itu kelihatan betul dan tepat. Ia tidak boleh diselesaikan dengan komputer tetapi penyelesaian kemanusiaan.

Model penyelesaian masalah secara saintifik dan logik
a.       Langkah pertama ialah mendefinasikan masalah. Jikalau kita mendefinasikan masalah secara saintifik kita mungkin terkejut  apabila mendapati betapa banyaknya masalah yang hilang ketika kita cuba mendefinasikannya dan betapa banyak masalah baru yang timbul yang kita tidak sangka.
b.      Langkah kedua ialah mengkelaskan masalah ialah berdasarkan tinggi rendahnya risiko yang ada pada tiap masalah. Selepas mengenalpasti risiko, kita perlu selesaikan masalah yang paling tinggi risikonya dengan membahagi masalah mengikut kategori seperti misteri, tugasan, kesukaran, peluang, puzzles dan dilema.
c.       Langak ketiga ialah tentukan objektif dimana menentukan apa yang diingini daripada aktiviti yang hendak dilaksanakan. Objektif yang hendak dicapai biarlah jelas, mudah difahami dan praktikal. Seperti contoh peranan polis trafik dalam menangani kesalahan lalu lintas dengan jagaan lalu lintas dan saman.
d.      Langkah keempat ialah tentukan ukuran kejayaan dimana menentukan piawai yang menjadi ukuran tentang kejayaan dan penyelesaian masalah. Kriteria kejayaan perlu ditentukan dahulu sebelum penyelesaian masalah dimulakan.
e.       Langkah kelima ialah kutipan data dimana penyelesaian masalah secara logikal memerlukan proses pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan. Beberapa kemahiran diperlukan dalam proses pengumpulan maklumat seperti pemikiran kreatif, mengenal pasti masalah yang relevan dan boleh digunakan dalam penyelesaian masalah. Pengumpulan maklumat terdapat 5 peringkat pertamanya ialah kenalpasti maklumat yang diperlukan dan bagaimana hendak mendapatkannya. Kita memerlukan pakar kerana ketiadaan kemahiran dalam bidang tertentu. Keduanya ialah mengenalpasti prosedur untuk mengumpul maklumat yang tercicir. Ketiganya ialah kenalpasti punca bagaimana hendak menerbitkan maklumat. Ia boleh dilakukan dengan proses kreativiti dan eksperimen. Keempatnya ialah menstruktur maklumat supaya senang difahami. Ini perlu dilakukan disebabkan maklumat yang dikumpul tidak tersusun dan kompleks. Kelima ialah membina opsyen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat dan data dikumpul.
f.       Langkah keenam ialah membuat keputusan dimana memilih opsyen mana yang hendak dilaksanakan. Proses membuat keputusan perlu mengambil kira faktor lain seperti kos, kesan negatif, halangan pelaksanaan dan sebagainya.
g.      Langkah ketujuh ialah melaksanakan keputusan yang diambil dimana perlu memberi perhatian kepada perkara dengan teliti dan penelitian yang rapi akan membawa kepada kejayaan. Perkara lain yang harus diambul kira ialah keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektif dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.

Penilaian:-

Penilaian memerlukan kebersanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil. Mengenalpasti lagkah-langkah yang manakah dapat dilaksanakan gengan baik atau sebaliknya.

Penyelesaian secara saintifik
a.       Mengadakan hipotesis dimana ingin mengesahkan sama ada andaian yang dibuat betul atau salah.
b.      Mengumpul maklumat dimana membezakan kaedah saintifik dengan kaedah tidak saintifik.
c.       Membuat kesimpulan dimana mengumpul maklumat yang mencukupi dan barulah dapat membuat kesimpulan atau keputusan.

Penyelesaian secara kreatif/lateral.
a.       Mempunyai ciri seperti tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik dimana cara berfikirnya dikawal oleh penilaian betul atau salah, kuat atau lemah serta benar atau salah hujah fikiran kita.
b.      Keduanya ialah tidak bersifat analitikal seperti kaedah saintifik yang cuba memahami sesuatu masalah sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat untuk menemui kebenaran.
c.       Ia tidak bersifat vertical atau sehala seperti kaedah saintifik yang hanya berfikir menurut logik sebab-akibat.

Penyelesaian melalui perasaan.
a.       Kaedah pengurusan emosi ini sebenarnya berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intellegence). Yang digunakan oleh Peter Salovey dari Universiti Harvard pada 1990.
b.      Tidak menekankan kepada kepintaran atau pemikiran seseorang individu tetapi lebih menekankan kepada ciri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.
c.       Bagi Solovey, kecerdasan emosi mengandungi kebolehan mengetahui emosi sendiri, kebolehan dalam pengurusan emosi, kebolehan meningkatkan motivasi, kebolehan mengenal emosi orang lain dan kebolehan menjalin persaudaraan.

Penyelesaian secara Islam
a.       Mempunyai dua corak popular iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Walaupun keduanya kelihatan terpisah tetapi sebenarnya saling melengkapi kerana bertitik tolak daripada ajaran Islam.
b.      Pendekatan hukum ialah penyelesaian masalah bersifat rasional dan intelektual. Merangkumi hukum  qat’l iaitu tegas dan jelas seperti hukum ibadat, mumakahat, jinayat, hudud dan sebagainya. Ianya wajib dipatuhi dan ditaati kecuali dalam beberapa keadaan seperti gila, darurat,cacat mental dan sebagainya. Berikutnya hukum ijtihadi yang bersifat rasional dan berubah menurut perubahan masa dan tempat. Ia tidak semudahnya boleh diubahsuai tanpa sebarang sandaran syarak yang kuat yang mengharuskannya.
c.       Pendekatan sufi ialah bersifat lembut dan lunak. Penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi memerlukan pemahaman tentang 3 perkara iaitu hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian. Ia berasaskan proses tazkiyyah al-nafs yang melibatkan dua demensi iaitu dimensi horizontal dan dimensi vertical. Proses tazkiyyah al-nafs ialah pembersihan diri dari sifat buruk dan menghias diri dengan sifat baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan